Saturday, 8 May 2010

PENGENALAN MGE



Pihak Marble Goby Enterprise mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sedang melayari laman ini.

MGE sentiasa memberikan perkhidmat yang terbaik, mengetengahkan produk-produk terbaru didalam perkhidmatan Akuakultur dan memperbaiki perkhidmatan yang sedia ada.

MGE dengan sedaya upaya berjanji akan memberikan produk-produk Akuakultur bermutu tinggi, perkhidmatan atau produk bersesuaian kepada para pembeli.

Kepuasan anda adalah jaminan kami

- MARBLE GOBY ENTERPRISE didaftarkan secara rasmi pada 14 Ogos 2007 setelah lebih setahun beroperasi iaitu sekitar tahun 2006 dan menjalankan perniagaan secara "Online"

- Dimiliki oleh 100% Bumiputra, ahli berdaftar LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) memiliki lesen Import@Eksport yang sah, ahli kepada Matrade dan beberapa persatuan lain.

- Syarikat ini digerakan oleh tenaga pekerja mahir dan pakar didalam pelbagai perihal semasa bidang Akuakultur.

- Nama Marble Goby Enterprise digunakan sempena nama sejenis ikan air tawar yang terdapat di perairan Malaysia dan lebih dikenali sebagai Ikan Ketutu atau dengan nama panggilan lain seperti Ikan Ubi, Ikan Hantu, Ikan Bodoh, Haruan Bodoh, Ikan Betutu, Kerapu Air Tawar, Belontok, Soon Hock, Lam Khor, atau dengan nama saintifiknya adalah "MARBLE GOBY"

- Produk utama MGE adalah anak benih ikan air tawar untuk diternak seperti Keli, Puyu Siam, Talapia Merah, Baung, Jelawat, Lekoh, Rohu, Tonsan Sisik Kasar, Kap Rumput, Sepat Siam, Talapia Hitam dan pelbagai jenis lain mengikut permintaan pengguna.

- MGE juga membekal beberapa jenis anak benih ikan yang diketegorikan sebagai "ekzotik" seperti Kelah Merah, Kelah Merah Bara, Tenggalan, Krai, Krai Kunyit, Temoleh dan lain-lain.

- Selain anak benih ikan, MGE juga membekalkan pelbagai jenis tangki ternakan ikan mengikut kehendak pengguna seperti Tangki Fiberglass, Tangki HDPE, Tangki PVC, Tangki Kanvas, Akuarium pelbagai saiz dan pelbagai jenis kelengkapan kolam lain.

- Disamping membekal anak benih ikan, peralatan, MGE juga memberikan khimat nasihat ternakan ikan, kursus pembenihan, kursus pengurusan kolam ternakan diatas permintaan semasa.

- MGE telah membekalkan pelbagai produk Akuakultur ke seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunai, Indonesia dan Singapura. Selain negara diatas, pihak MGE juga menerima pelbagai pertanyaan dari negara-negara luar seperti Jordan, Eygpt, UAE, USA, Hong Kong, Taiwan dan China.

- Sebagai menambah produk sampingan, MGE juga membekal pelbagai jenis haiwan ternakan seperti Lembu, Kerbau, Kambing dan Unta.

--------------------------------------

Pihak MGE sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayari laman ini dan sebarang pertanyaan, cadangan atau lain-lain boleh dihantar ke mgasaqua@ymail.com